Friday, September 4, 2015

Siapa saya....

Teks: Hidayah Zainal Abidin

Bismillah......... 

Alhamdulillah.....Hari ini bermulanya catatan harian saya sebagai seorang blogger, akhirnya digerakkan juga hati ini utk menyelesaikan kerja yg bertangguh ...

Untuk beberapa minggu atau sebenarnya dua bulan yang lepas saya sgt sibuk dgn pelbagai misi mendalami ilmu online markerting. Ianya bukan sesuatu yg mudah utk dilakukan, beralih bidang secara tiba-tiba. Juga desakan di dalam diri utk keluar dari 'boundaries' biasa dan melakukan perkara yang bukan kebiasaan.

Saya seorang ibu kepada 5 cahayamata dan telah bekerja dari tahun 2002 (belum sempat hari graduasi dah bekerja :)). Julai yg lepas menandakan berakhirnya karier makan gaji saya dan sekarang saya menumpukan sepenuh masa berada di rumah. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mmmm susah utk dikatakan saya seorang yg pandai menguruskan masa....Kenapa begitu ya? Sedangkan dulu sewaktu bekerja saya agak cekap menguruskan masa antara anak-anak dgn waktu kerja. Ini lebih kepada saya ingin 'fill in the gap' sewaktu saya sibuk dulu dgn masa yg ada sekarang. Sudahnya saya byk habiskan masa dgn anak2 (ya sangat banyak), 'retail theraphy' di samping menguruskan order pelanggan-pelanggan untuk perfume secara santai.

Berhenti kerja bukanlah sesuatu yg mudah utk dilakukan, apatah lagi saya mmg bekerja di bidang yg diminati - perakaunan. Saya 'graduate' UNITEN di bidang perakaunan dan kerja pertama saya adalah sebagai 'management trainee'. Tahun demi tahun saya bekerja dan dinaikkan pangkat, bertukar kerja di industri yg lain dan pernah juga bertugas sebagai PTD di jabatan kerajaan hampir setahun. Namun, disebabkan tiada 'passion' akhirnya saya kembali ke perakaunan di bidang swasta. Bekerja di bidang swasta , bak kata pepatah 'every penny counts' dan saya bertahan kerana 'passion'. Namun, sebagai isteri berkerjaya dan anak-anak yg semakin membesar, 'priorities' saya berubah.

Banyak faktor yg 'contribute' utk saya berhenti kerja, salah satunya ialah MASA. Anak semakin besar dan saya rasa makin ketinggalan dgn perkembangan mereka. Kemuncaknya apabila Mac lalu minat saya tetiba meluntur dan jiwa memberontak apabila terpaksa 'stayback' walaupun sebelum ini ia bukanlah sesuatu yg saya rasa terpaksa. Pernah dalam seminggu saya balik jam 6 pagi dan hari-hari seterusnya jam 3-4 pagi, jiwa saya menangis kesiankan anak-anak. Keputusan ini juga memberi impak yg besar pada status kewangan kami (almaklum komitmen besar) dan kami suami isteri berbincang dan berbincang. Pada Allah kami berserah selepas berterusan melakukan solat istikharah dan semoga Allah merahmati apa yg kami lakukan dan melapangkan rezeki kami.

Pada mulanya saya menjual perfume secara kebetulan disebabkan saya mmg suka akan perfume. Perempuan mana yg tak suka kan perfume, sedangkan Rasulullah pun suka wangian dan termasuk dalam sunnah kan. Bermula dgn kawan-kawan dan kemudian saya juga ingin menolong orang lain mendapatkan perfume berkualiti dengan harga yg berbaloi. Mungkin inilah lorong yg Allah tunjukkan dari awal sebab saya terjebak dengan jualan perfume pun baru 9 bulan dan kalau ikut personaliti sy sbg akauntan yg 'rigid' saya mmg tak boleh menjual ':D'. Biz ini memula hanyalah suka-suka bukanlah sebagai 'side income' sebab Alhamdulillah gaji saya cukup. Tapi saya begitu passionate dengan perfume dan lama-lama menjadi semakin seronok walaupun dalam kesibukan bekerja dan menguruskan rumahtangga. Seperti 'escapism' dari rutin harian. 

Sudah mengambil keputusan utk berhenti kerja dan tiada gaji tetap, maka fokus saya pada jualan online perfume dan saya rasakan sungguh banyak ilmu yg diperlukan utk berniaga secara serius. Sangat byk ilmu yg perlu dituntut - apatah lagi ilmu yg di luar bidang biasa. Ikutkan hati semua kelas mengenai perniagaan online saya nak pergi. Akhirnya, pilih punya pilih, pencarian ini membawa saya kepada ABDR dan di sinilah saya bermula sbg blogger.

Doa-doakan saya yea. Moga kita semua dalam rahmat Allah sentiasa.

2 comments:

  1. Selamat berkenalan sis Hidayah =)

    Mari singgah entri saya berkenaan rakan baru protege ABDR
    http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2015/09/selamat-datang-rakan-protege-baru-abdr.html

    ReplyDelete